FANDOM



Semalam, aku telah bermimpi berada di dalam sebuah rumah. Kemudian, aku ternampak seorang perempuan dan dua budak lelaki berada di dapur rumah yang tersebut itu. Rupa-rupanya, ada seekor harimau yang bersaiz sederhana (tidak lah terlalu besar) berada di luar halaman rumah berdekatan dengan tingkap dapur itu. Salah seorang daripada dua orang budak lelaki yang mungkin tidak tahu mengenai bahaya binatang buas cuba menghulurkan tangannya kepada harimau tersebut. Tanpa melengahkan masa, aku terus bertakbir menyebut nama Allah, "Allahuakbar!" sebanyak beberapa kali. Alhamdulillah, selepas beberapa saat kemudiannya, harimau itu pun beredar dari situ.

Sekian.

*Apa yang kita biasa dengar dari ustaz iaitu hendaklah kita bertakbir menyebut nama Allah (Allahuakbar) ketika bertemu dengan binatang buas contohnya, insyaAllah binatang tersebut akan lari dan beredar dari tempat itu.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.